Tuesday, June 21, 2016

KAMI


PENGENALAN AZUAD TRADING


Azuad Trading telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2004,Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan persendirian yang menjalankan perniagaan memproses dan membekal hasilan laut.Syarikat ini bernaung di bawah seorang pengasas yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang pemprosesan produk berasaskan ikan dan hasil laut.
              Syarikat kami terletak di alamat No 617,Jalan Makam,Kampung Tanjung,Mersing Kanan,86800 Mersing,Johor Darul Ta’zim.Lokasi ini merupakan kawasan Industi Kecil dan Sederhana(IKS) yang di usahakan oleh penduduk setempat.Kedudukan syarikat kami berhampiran dengan parit besar yang memudahkan pengurusan  pemprosesan produk berasaskan ikan dan hasil laut dilakukan.Kawasan ini juga menjadi tumpuan pengunjung yang berkunjung ke daerah Mersing.Pemilihan kawasan ini sebagai tapak perniagaan kami telah mempercepatkan syarikat  kami dikenali,sekaligus  membantu perkembangan perniagaan kami dalam masa yang singkat.
              Syarikat kami mengeluarkan produk berasaskan ikan dan hasil laut terutama ikan kering dan keropok yang menjadi makanan sampingan kepada seluruh rakyat Malaysia serta sentiasa menjadi produk tumpuan kepada pelancong yang berkunjung  ke daerah Mersing.Terdapat produk sampingan yang juga syarikat kami keluarkan antaranya belacan,ikan jeruk,udang kering,ikan bilis dan sotong kering.Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap jenis produk kami atas tujuan memenuhi kehendak pelanggan sasaran kami serta keadaan ekonomi semasa.
              Urusan perniagaan syarikat kami dijalankan melalui 2 sistem iaitu secara tunai dan secara  kredit.Pembahagian ini bertujuaan memudahkan urusan perniagaan dijalankan kepada setiap individu yang akan berurusan dengan syarikat kami.Dalam memastikan produk sentiasa berkualiti dan mendapat sambutan,kreativiti dan inovasi telah dilakukan sepanjang menjalankan perniagaan.
              Syarikat kami telah membuktikan perniagaan memproses dan membekal hasilan laut ini berjaya berpandu kepada peningkatan jumlah pasaran produk yang kami perolehi.Sehingga kini,pasaran produk kami telah diperluaskan melebihi sasaran syarikat.
              Sistem pengurusan dalam syarikat kami diketuai oleh seorang ahli yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan.Syarikat kami kini mempunyai  5 orang ahli terlatih yang menjadi tulang belakang kepada syarikat dalam menggerakkan dan melatih setiap kakitangan syarikat.
              Pada masa akan datang,syarikat kami merancang akan memperluaskan lagi pasaran produk ke kawasan yang mempunyai potensi permintaan yang baik.Syarikat kami juga akan meningkatkan lagi kualiti produk agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.Penyelidikan dan Pembangunan(RnD)akan dilakukan ke atas produk serta perniagaan agar dapat bersaing di peringkat yang lebih mencabar.


 TAMBAN TERENGGANU

KEROPOK TAMBAN TERENGGANU BULAT








KEROPOK SELAYANG


KEROPOK SOTONG KING































BELACAN KAMPUNG
IKAN JERUK TENGGIRI
BELACAN SERBUK
CENCALUK SOTONG
CENCALUK PEDAS
2004
2006
2006
2007
2008

1 comment: