Sunday, June 26, 2016

26.6.2016

copy orang punya

Ais krim pasu
Ais krim pasu
Shell out
TAHUN 2015 memperlihatkan lapan jenis makanan, minuman menjadi buruan rakyat Malaysia.
Kecanggihan teknologi turut menyumbang kepada tahap populariti lapan jenis 'foodporn' ini, bermula dari sekeping gambar ia mulai menjadi viral lantas menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sinar Online membawa anda lapan jenis 'foodporn' yang menjadi popular sepanjang tahun 2015.

1. Ais krim pasu
Mula menjadi buruan orang ramai ‎seawal  bulan Mac lalu. ‎Selepas gambar keunikan dan kesedapan aiskrim pasu ini tersebar di media sosial.
Didatangkan dengan pelbagai warna ceria aiskrim pasu benar-benar membangkitkan selera makan rakyat Malaysia.
Harga pencuci mulut ini biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim itu.
Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.
Ternyata kehadiran aiskrim pasu ini berjaya menjadi antara makanan yang dicari oleh rakyat Malaysia pada tahun 2015.

2. Pisang goreng cheese
Mula mendapat perhatian masyarakat selepas gambar kelazatannya tersebar di media sosial seawal bulan Ogos lalu.
Didatangkan dengan pelbagai penambahan inovasi, pisang goreng cheese turut dihidang dengan 'taburan' coklat yang benar-benar membangkitkan keghairahan masyarakat untuk mencubanya.
Ia dijual sekitar RM4 hingga RM5 dan kedainya boleh didapati di banyak tempat di seluruh Malaysia.

3. Boat noodle
Sebelum, Aiskrim pasu dan pisang cheese boat noodle pernah menjadi trend di kalangan masyarakat Malaysia.
Untuk harga satu mangkuk adalah RM1.90. Boat noodle yang dijual di Publika Damansara dan beberapa lagi cawangannya yang lain.
Boat noodle ini juga menjadi kegilaan bukan hanya di kalangan remaja namun selebriti dalam negara.
Ianya didatangkan dengan pelbagai perisa antaranya Pathumthani Beef Thai Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle, dan Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle.

4. Shell out
Shell out ini menyajikan pelbagai makanan laut antaranya lala, udang, ketam, dan kerang.
Uniknya makanan ini di makanan dengan cara yang begitu santai tanpa menggunakan pinggan. Hanya alas sahaja dan pelanggan boleh meratah menu mereka.
Selepa menjadi viral di media sosial, rakyat Malaysia kini telah membuat sajian ini sendiri dirumah serta di tempat mereka berkelah atau 'makan makan' bersama keluarga.

5. Coffee King
Dihasilkan oleh anak muda tempatan, Coffee King mula menjadi viral selepas beberapa gambar minuman ini mula viral di media sosial.
Didatangkan dengan beberapa perisa antaranya Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea, yang dijual pada harga RM5 setiap satu
Sememangnya kehadiran  Coffee King ini‎ benar-benar telah memberi variasi baru kepada penggemar kopi tanah air.

6. Nasi 7 benua
Nasi 7 benua mula mendapat perhatian selepas beberapa orang pengguna media sosial di Pulau Pinang berkongsi keunikan gambar makanan ini.
Apa yang uniknya mengenai makanan ini adalah caranya ia dihasilkan, untuk makluman nasi tujuh benua ini terhasil daripada kepelbagaian nasi   yang ada dalam hidangan ini yang kelihatan seolah-olah mewakili 7 benua.
Ia terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih dan nasi kacang.
Untuk lauk pula,  mereka yang ingin menikmati hidangan ini boleh memilih untuk meletaknya sendiri, pelbagai jenis lauk boleh dipilih berdasarkan kegemaraan masing-masing.
Sementara harga bagi sajian ini pula adalah tidak tetap, harga nasi 7 benua ini adalah bergantung kepada lauk yang dipilih.

7. Ais krim Magnum
Aiskrim magnum mula meraih perhatian masyarakat apabila gambar orang ramai beratur untuk membelinya di Mid Valley Kuala Lumpur mula tersebar di media sosial.
Selepas tersebarnya penyebaran gambar tersebut, aiskrim magnum mula menjadi buah mulut rakyat Malaysia yang gilakan aiskrim.
Ianya dijual pada pelbagai harga bergantung kepada permintaan pembelinya.

8. Aiskrim tongkat
Mendapat ilham dari Korea Selatan, aiskrim tongkat mula manjadi buah mulut rakyat Malaysia sekitar bulan Februari lalu.
Ianya boleh didapati di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Masjid India, KL.
Ianya didatangkan dengan 5 perisa iaitu coklat, strawberry, anggur, gummies, dan kacang.
Harganya pula bergantung kepada permintaan pembeli.

No comments:

Post a Comment