PENGENALAN AZUAD TRADING
Azuad Trading
telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2004,Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan persendirian
yang menjalankan perniagaan memproses dan membekal hasilan laut.Syarikat ini bernaung
di bawah seorang pengasas yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang
pemprosesan produk berasaskan ikan dan hasil laut.
Syarikat kami terletak di alamat
No 617,Jalan Makam,Kampung Tanjung,Mersing Kanan,86800 Mersing,Johor Darul
Ta’zim.Lokasi ini merupakan kawasan Industi Kecil dan Sederhana(IKS) yang di
usahakan oleh penduduk setempat.Kedudukan syarikat kami berhampiran dengan
parit besar yang memudahkan pengurusan
pemprosesan produk berasaskan ikan dan hasil laut dilakukan.Kawasan ini
juga menjadi tumpuan pengunjung yang berkunjung ke daerah Mersing.Pemilihan
kawasan ini sebagai tapak perniagaan kami telah mempercepatkan syarikat kami dikenali,sekaligus membantu perkembangan perniagaan kami dalam
masa yang singkat.
Syarikat kami mengeluarkan produk
berasaskan ikan dan hasil laut terutama ikan kering dan keropok yang menjadi
makanan sampingan kepada seluruh rakyat Malaysia serta sentiasa menjadi produk
tumpuan kepada pelancong yang berkunjung
ke daerah Mersing.Terdapat produk sampingan yang juga syarikat kami
keluarkan antaranya belacan,ikan jeruk,udang kering,ikan bilis dan sotong
kering.Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap jenis produk kami atas
tujuan memenuhi kehendak pelanggan sasaran kami serta keadaan ekonomi semasa.
Urusan perniagaan syarikat kami dijalankan
melalui 2 sistem iaitu secara tunai dan secara
kredit.Pembahagian ini bertujuaan memudahkan urusan perniagaan
dijalankan kepada setiap individu yang akan berurusan dengan syarikat kami.Dalam
memastikan produk sentiasa berkualiti dan mendapat sambutan,kreativiti dan
inovasi telah dilakukan sepanjang menjalankan perniagaan.
Syarikat kami telah membuktikan perniagaan
memproses dan membekal hasilan laut ini berjaya berpandu kepada peningkatan jumlah
pasaran produk yang kami perolehi.Sehingga kini,pasaran produk kami telah
diperluaskan melebihi sasaran syarikat.
Sistem pengurusan dalam syarikat kami diketuai
oleh seorang ahli yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan
perniagaan.Syarikat kami kini mempunyai
5 orang ahli terlatih yang menjadi tulang belakang kepada syarikat dalam
menggerakkan dan melatih setiap kakitangan syarikat.
Pada masa akan datang,syarikat kami merancang
akan memperluaskan lagi pasaran produk ke kawasan yang mempunyai potensi
permintaan yang baik.Syarikat kami juga akan meningkatkan lagi kualiti produk
agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.Penyelidikan dan
Pembangunan(RnD)akan dilakukan ke atas produk serta perniagaan agar dapat
bersaing di peringkat yang lebih mencabar.
TAMBAN TERENGGANU
KEROPOK TAMBAN TERENGGANU BULAT
KEROPOK SELAYANG
KEROPOK SOTONG KING
BELACAN KAMPUNG
IKAN JERUK TENGGIRI
BELACAN SERBUK
CENCALUK SOTONG
CENCALUK PEDAS
2004
2006
2006
2007
2008
terbaik
ReplyDelete