Monday, July 4, 2016

PROMOSI 2,000 PAKET KEROPOK TAMBAN TERENGGANU TINGGAL 1,500 PAKET
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
πŸ“’πŸ“’ Cepat!!!! Cepat !!!

Ramai yg telah singgah on the way balik kampung.. bawa balik keropok promosi ikan tamban Terengganu sebagai buah tangan.. pada yang belum singgah, jom singgah sekarang.. promosi terhad sehingga stok habis..

πŸ‘‰πŸ»Harga asal :: RM17 sekilo
(RM8.50 perpack 500grm)

πŸ‘‰πŸ»Harga promosi raya :: RM14 sekilo
(RM7 perpack 500grm)

Dijamin puas hati πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk tempahan ::
πŸ“ž Wan +0177744816
πŸ“ž Wan +0177744816
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Sunday, June 26, 2016

26.6.2016

copy orang punya

Ais krim pasu
Ais krim pasu
Shell out
TAHUN 2015 memperlihatkan lapan jenis makanan, minuman menjadi buruan rakyat Malaysia.
Kecanggihan teknologi turut menyumbang kepada tahap populariti lapan jenis 'foodporn' ini, bermula dari sekeping gambar ia mulai menjadi viral lantas menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sinar Online membawa anda lapan jenis 'foodporn' yang menjadi popular sepanjang tahun 2015.

1. Ais krim pasu
Mula menjadi buruan orang ramai ‎seawal  bulan Mac lalu. ‎Selepas gambar keunikan dan kesedapan aiskrim pasu ini tersebar di media sosial.
Didatangkan dengan pelbagai warna ceria aiskrim pasu benar-benar membangkitkan selera makan rakyat Malaysia.
Harga pencuci mulut ini biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim itu.
Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.
Ternyata kehadiran aiskrim pasu ini berjaya menjadi antara makanan yang dicari oleh rakyat Malaysia pada tahun 2015.

2. Pisang goreng cheese
Mula mendapat perhatian masyarakat selepas gambar kelazatannya tersebar di media sosial seawal bulan Ogos lalu.
Didatangkan dengan pelbagai penambahan inovasi, pisang goreng cheese turut dihidang dengan 'taburan' coklat yang benar-benar membangkitkan keghairahan masyarakat untuk mencubanya.
Ia dijual sekitar RM4 hingga RM5 dan kedainya boleh didapati di banyak tempat di seluruh Malaysia.

3. Boat noodle
Sebelum, Aiskrim pasu dan pisang cheese boat noodle pernah menjadi trend di kalangan masyarakat Malaysia.
Untuk harga satu mangkuk adalah RM1.90. Boat noodle yang dijual di Publika Damansara dan beberapa lagi cawangannya yang lain.
Boat noodle ini juga menjadi kegilaan bukan hanya di kalangan remaja namun selebriti dalam negara.
Ianya didatangkan dengan pelbagai perisa antaranya Pathumthani Beef Thai Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle, dan Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle.

4. Shell out
Shell out ini menyajikan pelbagai makanan laut antaranya lala, udang, ketam, dan kerang.
Uniknya makanan ini di makanan dengan cara yang begitu santai tanpa menggunakan pinggan. Hanya alas sahaja dan pelanggan boleh meratah menu mereka.
Selepa menjadi viral di media sosial, rakyat Malaysia kini telah membuat sajian ini sendiri dirumah serta di tempat mereka berkelah atau 'makan makan' bersama keluarga.

5. Coffee King
Dihasilkan oleh anak muda tempatan, Coffee King mula menjadi viral selepas beberapa gambar minuman ini mula viral di media sosial.
Didatangkan dengan beberapa perisa antaranya Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea, yang dijual pada harga RM5 setiap satu
Sememangnya kehadiran  Coffee King ini‎ benar-benar telah memberi variasi baru kepada penggemar kopi tanah air.

6. Nasi 7 benua
Nasi 7 benua mula mendapat perhatian selepas beberapa orang pengguna media sosial di Pulau Pinang berkongsi keunikan gambar makanan ini.
Apa yang uniknya mengenai makanan ini adalah caranya ia dihasilkan, untuk makluman nasi tujuh benua ini terhasil daripada kepelbagaian nasi   yang ada dalam hidangan ini yang kelihatan seolah-olah mewakili 7 benua.
Ia terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih dan nasi kacang.
Untuk lauk pula,  mereka yang ingin menikmati hidangan ini boleh memilih untuk meletaknya sendiri, pelbagai jenis lauk boleh dipilih berdasarkan kegemaraan masing-masing.
Sementara harga bagi sajian ini pula adalah tidak tetap, harga nasi 7 benua ini adalah bergantung kepada lauk yang dipilih.

7. Ais krim Magnum
Aiskrim magnum mula meraih perhatian masyarakat apabila gambar orang ramai beratur untuk membelinya di Mid Valley Kuala Lumpur mula tersebar di media sosial.
Selepas tersebarnya penyebaran gambar tersebut, aiskrim magnum mula menjadi buah mulut rakyat Malaysia yang gilakan aiskrim.
Ianya dijual pada pelbagai harga bergantung kepada permintaan pembelinya.

8. Aiskrim tongkat
Mendapat ilham dari Korea Selatan, aiskrim tongkat mula manjadi buah mulut rakyat Malaysia sekitar bulan Februari lalu.
Ianya boleh didapati di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Masjid India, KL.
Ianya didatangkan dengan 5 perisa iaitu coklat, strawberry, anggur, gummies, dan kacang.
Harganya pula bergantung kepada permintaan pembeli.

Thursday, June 23, 2016

resepi maruku

MURUKU MELETUP
SUMBER : CHEF ZUBAIDAH CHE PA

BAHAN2
250gm Marjerin – cairkan dan sejukkan
1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda
2 bungkus @ 500g + 500g Tepung pulut
2 biji Telur
30gm Jemuju/lemuju – disangai dulu dan kisar halus
3 sudu besar Serbuk cili (BABAS)
5 sudu besar Gula halus
1 1/2 sudu besar Garam halus (membumbung)
1 paket Udang geragau – basuh, keringkan dan kisar halus
800gm Air
1 sudu besar bijan putih (opt)
Daun kari secukupnya
CARA2
Satukan bahan2 kering dan gaulkan hingga sebati.
Masukkan telur, marjerin dan air. Gaulkan lagi hingga menjadi doh yang lembut.
Panaskan minyak dan masukkan doh kedalam acuan dan terus tekan ke dalam kuali yang telah panas.
Gorengkan dengan penuh hingga kekuningan. Setelah muruku hampir garing, taburkan daun kari dan goreng hingga muruku betul2 masak dan garing.
Angkat dan toskan bekas yang telah dialas kitchen towel.
Biarkan sejuk sebentar dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

Tun M

16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu


Nasihat mahathir..

1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.
Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa yang panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network.
 Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil.. tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”

Sekian.. Sungguh dalam nasihat beliau buat kita.

Tuesday, June 21, 2016

KAMI


PENGENALAN AZUAD TRADING


Azuad Trading telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2004,Syarikat ini merupakan sebuah perniagaan persendirian yang menjalankan perniagaan memproses dan membekal hasilan laut.Syarikat ini bernaung di bawah seorang pengasas yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang pemprosesan produk berasaskan ikan dan hasil laut.
              Syarikat kami terletak di alamat No 617,Jalan Makam,Kampung Tanjung,Mersing Kanan,86800 Mersing,Johor Darul Ta’zim.Lokasi ini merupakan kawasan Industi Kecil dan Sederhana(IKS) yang di usahakan oleh penduduk setempat.Kedudukan syarikat kami berhampiran dengan parit besar yang memudahkan pengurusan  pemprosesan produk berasaskan ikan dan hasil laut dilakukan.Kawasan ini juga menjadi tumpuan pengunjung yang berkunjung ke daerah Mersing.Pemilihan kawasan ini sebagai tapak perniagaan kami telah mempercepatkan syarikat  kami dikenali,sekaligus  membantu perkembangan perniagaan kami dalam masa yang singkat.
              Syarikat kami mengeluarkan produk berasaskan ikan dan hasil laut terutama ikan kering dan keropok yang menjadi makanan sampingan kepada seluruh rakyat Malaysia serta sentiasa menjadi produk tumpuan kepada pelancong yang berkunjung  ke daerah Mersing.Terdapat produk sampingan yang juga syarikat kami keluarkan antaranya belacan,ikan jeruk,udang kering,ikan bilis dan sotong kering.Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap jenis produk kami atas tujuan memenuhi kehendak pelanggan sasaran kami serta keadaan ekonomi semasa.
              Urusan perniagaan syarikat kami dijalankan melalui 2 sistem iaitu secara tunai dan secara  kredit.Pembahagian ini bertujuaan memudahkan urusan perniagaan dijalankan kepada setiap individu yang akan berurusan dengan syarikat kami.Dalam memastikan produk sentiasa berkualiti dan mendapat sambutan,kreativiti dan inovasi telah dilakukan sepanjang menjalankan perniagaan.
              Syarikat kami telah membuktikan perniagaan memproses dan membekal hasilan laut ini berjaya berpandu kepada peningkatan jumlah pasaran produk yang kami perolehi.Sehingga kini,pasaran produk kami telah diperluaskan melebihi sasaran syarikat.
              Sistem pengurusan dalam syarikat kami diketuai oleh seorang ahli yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan.Syarikat kami kini mempunyai  5 orang ahli terlatih yang menjadi tulang belakang kepada syarikat dalam menggerakkan dan melatih setiap kakitangan syarikat.
              Pada masa akan datang,syarikat kami merancang akan memperluaskan lagi pasaran produk ke kawasan yang mempunyai potensi permintaan yang baik.Syarikat kami juga akan meningkatkan lagi kualiti produk agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.Penyelidikan dan Pembangunan(RnD)akan dilakukan ke atas produk serta perniagaan agar dapat bersaing di peringkat yang lebih mencabar.


 TAMBAN TERENGGANU

KEROPOK TAMBAN TERENGGANU BULAT








KEROPOK SELAYANG


KEROPOK SOTONG KING































BELACAN KAMPUNG
IKAN JERUK TENGGIRI
BELACAN SERBUK
CENCALUK SOTONG
CENCALUK PEDAS
2004
2006
2006
2007
2008